Walaupun banyak terdapat nilai-nilai mulia, tetapi tujuh nilai utama menjadi fokus Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia. Nilai-nilai itu adalah: Amanah, Benar, Bijaksana, Bersyukur, Dedikasi, Ikhlas, Penyayang, Akauntabiliti keguruan.
Konsep keguruanMenurut Kamus Dewan (1970), ‘guru’ bererti pendidik, pengajar dan pengasuh. Jika dihuraikan dengan lebih mendalam lagi, pendidik bermaksud orang yang memelihara dan melatih. Pengajar ialah seorang yang menjadi petunjuk kepada orang lain, manakala pengasuh memberi makna orang yang memelihara, menjaga dan mendidik. Manakala keguruan ialah sesuatu yang mempunyai perkaitan dengan bidang menuntut ilmu atau tempat mendapatkan ilmu seperti sekolah, tempat belajar, pengajaran dan pembelajaran dan sebarang perkara yang mempunyai perkaitan dengan guru.
Konsep Akauntabiliti Mengikut Kamus Dwibahasa , perkataan ‘akauntabiliti’ di huraikan sebagai bertangungjawab kepada seseorang atau bertangugjawab terhadap sesuatu. Menurut Tan Sri Ahmad Sarji ,konsep akauntabiliti adalah satu obligasi untuk memberikan jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak untuk mendapat jawapan dan penjelasan tersebut . Akauntabiliti juga adalah mengenai displin dan keperluan untuk memberikan justifikasi dan menerima keberrtangungjawaban terhadap sesuatukeputusan yang telah diambil
Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seseorang guru. Akauntabiliti keguruan juga membawa maksud berkenaan dengan tanggungjawab guru terhadap profesionalisme keguruan. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru yang dimaksudkan di atas merangkumi akauntabiliti guru terhadap pelajar , diriguru itu sendiri, sekolah, masyarakat dan negara , dan profesion keguruan amnya.Akauntabiliti guru terhadap3.1 PelajarSeorang guru haruslah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik darjah termasukmematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran dan pembelajaranmengikut kaedah dan teknik yang berkesan. Guru juga haruslah mengutamakan kemajuan,kebajikan dan keselamatan murid-murid berbanding hal-hal lain.
Seorang guru yangbertanggungjawab haruslah bersikap adil terhadap pelajar-pelajarnya tanpa mengira bangsa,agama, faktor jasmani, emosi, mental, politik, sosial dan perkara-perkara lain. Guru hendaklah membimbing dan mengajar murid-murid di bilik darjah tanpa meminta sebarang bayaran atau hadiah daripada mereka, sebaliknya guru sekali-sekala perlu memberi hadiah kepada murid-muridnya untuk menggalakkan mereka berminat terhadap proses pembelajaran. Memberi contoh teladan yang baik dengan berpakaian kemas, berbudi bahasadan bersopan santun semasa bertugas harus juga di amalkan supaya murid memperolehimodel yang baik. Ini adalah kerana seorang guru merupakan orang yang di hormati oleh pelajarnya, oleh yang demikian perlulah guru menjaga profesionalisme guru supaya merekatidak di benci,di pandang serong dan tidak di hormati lagi oleh anak muridnya.
Seorang guru haruslah menjaga kebersihan dan kesihatan dirinya agar dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Emosi hendaklah di kawal oleh guru sendiri dan juga perlu menghindarkan diri dari sebarang ketegangan jiwa yang boleh mengganggu tugasnya. Sebagai seorang guru, guru hendaklah bijak menguruskan kewangan dengan bijaksana dan mengimbangi pendapatan dengan perbelanjaan. Ini adalah kerana jika guru gagal menguruskan kewangan maka guru akan menghadapi masalah luaran yang boleh menjejaskan tumpuannya terhadap proses pengajaran di sekolah.
Guru juga di galakkan melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan. dan peka terhadap peristiwa disekeliling melalui media massa atau elektronik supaya mudah memberikan imput yang berguna terhadap profesionnya. Guru juga boleh melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan aktiviti berfaedah di masa lapang yang boleh menjadikan guru itu sihat dari segi mental dan fizikal. Sekolah-Sekolah ialah tempat seseorang guru bertugas. Oleh itu , guru juga bertangungjawab terhadap tugas yang di amanahkan oleh pentadbiran sekolah. Sebagai seorang ahli dalam sebuah sekolah ,guru mempunyai akauntabiliti terhadap perkembangan dan kemajuansekolah.
Dalam hal ini, selain tugas mengajar , guru juga hendaklah menjalankan tugas-tugasyang lain seperti sebagai guru displin, kaunselor, setiusaha peperiksaan, setiusaha PIBG, panitia mata pelajaran dan jawatan-jawatan lain yang di lantik oleh pihak pentadbiran sekolah. Masyarakat dan Negara sebagai seorang guru , beliau hendaklah menjalankan tugas untuk menyebarkan cita danmatlamat pendidikan negara berlandaskan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara. Guru hendaklah Memupuk nilai dan sikap murni pelajar dan sesuai dengan masyarakat berbilangbangsa dalam diri pelajar. Guru hendaklah memenuhi tanggungjawab sebagai rakyatMalaysia dengan mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat. Selain itu guru hendaklah mengeratkan persefahaman dan kerjasama di kalangan guru danibu bapa pelajar. Guru haruslah bersopan santun dan bertingkahlaku baik dalam segalaaktiviti sosial bagi mewujudkan suasana harmoni.
Guru perlu sentiasa berusaha untukmemenuhi tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara dengan tidak menyebarkanajaran yang boleh merosakkkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yangbertentangan dengan Rukun Negara. Guru juga hendaklah sering memupuk sikap dan nilaidalam diri setiap pelajar yang dapat membimbing mereka menjadi warganegara yang setia,bertanggungjawab, menghormati orang lebih tua dan perbezaan kebudayaan, keturunan danagama. Di samping itu guru hendaklah menghormati masyarakat di tempat guru tersebutberkhidmat dan memenuhi tanggungjawab sebagai ahli masyarakat. Guru juga perlu menggalakkan kerjasama di antara guru dengan ibubapa dan masyarakat, serta mengamlkantingkah laku soppan yang diterima oleh masyarakat .Profesion Keguruan Guru haruslah meluaskan ilmu dengan membaca pelbagai buku rujukan berkaitan matapelajaran yang diajar. Ini termasuklah memahami selengkapnya isi pelajaran bagi matapelajaran yang diajar dan menyertai seminar pendidikan seperti kursus-kursus yangdianjurkan oleh jabatan pendidikan atau pihak pentadbiran sekolah.
Ini di lakukan dengan merancang dan melaksanakan strategi pengajaran sepenuhnya bagi mencapai objektif pelajaran secara maksimum. Guru juga hendaklah mengajar dengan fakta yang betul agar murid menerima ilmu yang betul dan tepat.
Dengan dapat memahami prinsip akauntabiliti , guru dapat memahami tanggungjawabnya yang sebenar. Penghayatan akauntabiliti haruslah di hayati sepenuhnya kerana akan dapatmeningkatkan tahap profesionalisme keguruan. Ini kerana penghayatan tersebut membolehkan semua guru dapat menjalankan tanggungjawab dan tugas-tugasnya dengan penuh komited dan dedikasi. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru merangkumiakuntabilitinya terhadap sekolah, diri sendiri , murid-murid dan profesion keguruan akan dapat ditingkatkan sekiranya seseorang guru itu benar-benar menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik dengan berkesan. Peningkatan dalam bidang tersebut melambangkan tingginya kualiti seseorang guru yang juga akan meningkatkan taraf profesionalisme keguruan. Selain itu guru juga dapat melaksanakan tugas itu dengan bersungguh-sungguh dan penuh dedikasi sekiranya guru tahu tanggungjawabnya terhadapkerjayanya.
Kesedaran kepada akauntabiliti akan menjadikan seseorang guru itu lebihbertanggungjawab terhadap tanggungjawab yang di laksanakannya. Oleh yang demikian,akauntabiliti perlulah dihayati oleh semua guru. Sekiranya seseorang guru itu mengabaikanakauntabiliti terhadap tugas dan tanggungjawabnya , maka tanggungjawabnya tidak dapat dijalankan dengan baik dan akan gagal melahirkan modal insan seperti yang di cita-citakan negara. Ini akan menjatuhkan martabat profesion perguruan oleh kerana perbuatan yang tidak bertanggungjawab terhadap amanah yang di berikan
Sands Casino Review | Is it worth following?
BalasPadamYes, Sands Casino has a lot to offer in the UK, but septcasino is 인카지노 it safe to play at? Yes, Sands Casino is 메리트 카지노 쿠폰 a legitimate gambling operator. It